Wednesday, December 10, 2008,7:30 PM
Digi OCS(Online Customer Service) Best Service Ever

pergi ke www.digi.com.my
daftar tak sampai seminit..
login dan pilih OCS
bebelkan masalah anda

tak sampai 5 minit.. masalah setel..
digi best..muahaha
aku rasa la kan.. celcom broadband kena wat camgini jugak lah..
cepat skit masalah setel...

Labels: ,

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
,3:18 AM
Wifi di Jusco Taman Universiti

disini..diluar.. aku war-walking dan mendownload fail..
menggunakan aplikasi boingo

setelah -15 UER/USD tadi.. terus aku give up.. luck tak dak..
ilmu predict lemah nak mampus..

skim telefon tadi.. dia jadi pergi.. hari sabtu ini ke Rengit.. mambai bersanding..
nikah dah.. kahwin pun dah..

aku kenkadang berfikir sejenak.. 24.. ini adalah umur penentu masa depan..

OPTION
aku mahu rilek.. tapi duit masyuk... keja ikut suka.. bleh bahagi masa kepada keluarga.. atau
aku sibuk gila... tapi duit masyuk... masa kerja ditetapkan... susah sikit nak bahagi masa kat keluarga..
atau
aku sederhana sibuk... tapi duit masyuk.. masa kerja ikut suka... bleh bahagi masa kat keluarga...

nak memorex full time?
nak kerja full time memorex part time?
nak freelance full time dan memorex part time?

ahhhhhh sialan... dugaan betul..
aku rilek kenkadang sibuk gila dan kenkadang sederhana sibuk...
aku mahu jadi apa?

dahulu.. masa kecik-kecik
"apa cita-cita kamu?" tanya seorang guru kepada aku
"saya nak jadi cikgu" balasku penuh keyakinan
selang beberapa tahun
"apa cita-cita kamu?" tanya seorang lagi guru kepada aku
"saya nak jadi saintis" balasku penuh keyakinan
selang beberapa tahun lagi
"apa cita-cita kamu?" tanya seorang guru lagi kepada aku
dengan pengalaman dari kawan yang terdengar perbualan kawan dia yang agak cerdik
"saya mahu jadi angkasawan" balasku yakin
walaupun aku tak tahu..
selepas itu.. polis.. selepas itu askar..
sampai diuniversiti
mahu jadi pakar kriptografi.. mahu jadi pakar sekuriti..

hah??????

mana dia cita-cita terdahulu? dah makan asam garam terlibat dalam bidang pengkomputeran..

sekarang kamu mahu jadi apa?
"aku mahu kerja yang aku boleh bawa sahaja.. duduk.. rilek.. layan movie.. tengok keindahan manusia-manusia... memerhatikan gelagat mereka.. duit ala kadar.. cukup untuk survive... atau kenkadang cukup-cukup makan"

sampai bila?

"ermmm mungkin sampai bila-bila.."
9/10 rezeki datang dari perniagaan... sedang dalam perancangan membina mentaliti peniaga.. untung rugi adalah biasa.... belajar menerima hakikat...
dan last sekali.. DARE TO FAIL!!!!

Labels:

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
Tuesday, December 9, 2008,6:02 AM
Dulu masa kecik-kecik Part 1
Dulu masa kecik-kecik.. mak belikan basikal..
ala.. yang ada bakul tu.. ala.. yang ada tempat duduk belakang tu..
masa kecik-kecik.. kita selalu kutip kucing jalanan.. ada yang liar ada yang jinak
err.. kalo yang jinak tu kucing bela.. selalunya tangkap yang liar..
selalu bawak adik.. guna basikal berbakul dan ada tempat duduk belakang..

satu hari yang malang..
kita jumpa kucing siam liar.. kita tangkap.. kejar.. dan ikat masuk dalam plastik
cadangnya nak bela.. calar balar gak tangan dek cakaran kucing siam nih
adik kita pun suka...

sedang bawak basikal hendak balik ke rumah.. kaki adik tersepit kat rim..
dan kita ngan adik sekali jatuh basikal... luka lagi.. uhuhuhuhu...
kucing meronta-ronta dan terlepas..

kiranya.. satu hari yang malang luka-luka setelah berbasikal dan jatuh setelah mengambil kucing terlepas bersama adik aku..

ahhh... itu kenangan masa kita kecik-kecik

Labels: ,

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
Monday, December 1, 2008,11:50 AM
Melepak dengan Kimmy
Kimmy.. seorang lelaki sabah yang telah menjadi saudara baru.. agama asal adalah kristian.. lalu dia memeluk Islam... tatoonya dilengan kiri telah dibuang..

kamu kena tahu Prinsip orang sabah bah...
atau kamu akan di bitas... hati-hati.. kebanyakkan mereka bangsa perang..
mereka hati kering... panas baran dan penyayang.. baik kepada orang yang baik dengan mereka.. dan jahat kepada orang yang jahat dengan mereka...

tak dapat setel cara lembut.. dia main cara kasar.. tak dapat setel cara kasar.. dia main cara halus..walaupun ilmu bitas ditinggalkan.. tetapi ayat melaksanakan ilmu bitas itu masih kekal diingatan mereka.... jangan sekali-kali ingin merosakkan anak dara mereka,saudara mereka.. atau.. kamu mungkin menjadi gila..

Kimmy seorang yang lucu(bagi aku.. mungkin tidak bagi kamu)

Labels:

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
,9:37 AM
Bulan Tersenyum Padaku...
1 - 12 -2008 .... Pukul 7.35 pm tadi.. sesuatu kejadian misteri di angkasa yang menyebabkan aku sebak.. aku yang tiada kamera 15 mega pixel.. hanya dapat memerhati dan mengucapkan syukur.. dikala aku merenung masa depan.. aku terenung bulan dan bintang yang tersenyum padaku...

sedang aku menunggang bini kesayangan aku.. aku hampir terbabas apabila mataku terpandang bulan tersenyum girang.. "eh.. lain macam ni"... kagum aku.. kamera.. kamera.. snap guna hp.. haram tak nampak.. gelap.. cap ayam katakan...

aku balik terus aku pergi ke bilik raja
"ja... bulan tersenyum..." kataku ke raja yang sedang hampir lena
aku tengok tingkap.. tapi tak nampak..
"yazid... ada bulan tersenyum... jom la tengok..."
yazid dengan bingkas bangun mengambil dslr ...
"a ah la... aduhai.. kalo aku zoom ni samar-samar juga.."

aku kerumah awek aku.. masih tersenyum juga bulan itu padaku..
dengan matanya berkilau.. aduhai.. aku terpikat..
apabila aku pejamkan mata aku.. sebak di dada melihat bulan tersenyum..
bayangan bulan tersenyum itu kekal di dalam memori aku...

terima kasih kepadaNya kerana menggembirakan hati aku..
patutlah aku pelik dengan awan merah biru petang tadi..
rupanya tanda bulan akan tersenyum girang..

aku mencari gambar yang jelas..
tapi tak jumpa..
kredit kujie2.com

kalau korang tenok mesti korang kagum... sebab mata dia bersinar terang... masa kat taman universiti tadi.. peh... syukur....

Labels: ,

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
Tuesday, November 25, 2008,7:36 PM
Sabar.. sabar.. sabar..
tenang tak tenang.. lepak tak lepak.. tup tap tup tap akhirnya aku dimamah usia..
merenung monitor lcd dengan harapan dapat merungkai simpulan yang semakin kusut dek ikatan mati..

ahhh.. persetankan.. 4 kali margin call menyebabkan aku menerima hakikat yang aku ini belum tahu 'baca'.. ada guru aku suruh beli besar dan close untung 2 pips.. tak payah banyak-banyak..

aduhai.. aku give up..

Labels:

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
Friday, November 14, 2008,4:44 AM
Berinternet di tunku impian..
"atas ada wireless.. dah bleh berinternet.. hehe" kata abang apai
"aztech nama dia" sambung abang mat
"laju?" tanyaku
"laju.. bleh chatting" balas abang mat

Labels:

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
,12:27 AM
Racun tikus warna pink aka merah jambu
"eiii racun tikus ahahahaha" kata si B
"mana?" balas si A
"tu kat situ.. sejak seminggu lalu. asal nampak aje objek warna pink terus aku cakap racun tikus" balas si B
"yela... aku racun tikus.." kata si A yang memakai baju pink

Labels:

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
Friday, November 7, 2008,8:21 AM
Gaduh vandalism di tandas Jusco Taman U
Golongan artis amatur di dalam seni grafiti.. mereka menggunakan pen atau pensil untuk meluahkan pendapat.. boleh dikatakan chatting dan bersosial juga.. tetapi ia untuk paparan si pengguna tandas awam itu..mereka ini sungguh lucu..

klik gambar untuk besar...

Labels:

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
Tuesday, November 4, 2008,9:06 PM
Demam Abby.. Pengaruh Abby yang sungguh kuat
sejak berita Abby serang norman.. kehidupan lelaki sudah berubah
ini revolusi terbaru para wanita agaknya..

"yang... tadi budak sedap corner buat apa ngan ayang..." tanya si dia
"errr.. jual topup.." balasku

"yang... kenapa tadi budak tu lalu menyempit kat belakang ayang?" tanya si dia
"errr.. ntah.. dia ikut ayang kot" balasku
"kenapa dia tak lalu depan?" balas si dia

"kenapa lelaki sekarang macam ni.. tak bersyukur ke.. rasa nak hentak aje si Norman tu.." kata si dia
"errr.. yang... tengok nih.. ada laptop murah.. nak beli tak? kita kumpul duit.." balasku

"kita sokong Abby.. " katanya bersemangat.
"errr... kita pun sokong..." balasku dan tindakanku dibalas renungan yang tajam...
"ya.. kita sokong.. hidup Abby" kataku lagi..

"yang.. sapa A?" tanya si dia..
"err.. kawan lama masa kat universiti" balasku
"yang.. saba B?" tanyanya lagi..
"kawan lama masa kat mrsm.." balasku
"yang sapa C?" tanyanya lagi..
"kawan lama.. masa kat u dulu.."
......
"yang sapa Z?" tanyanya lagi..
"Z tu lelaki la yang.. tu nama bunga.."

Labels:

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
Friday, October 31, 2008,12:43 AM
Teknik Forex : Si putih Beranak 4
Teknik ini dinamakan sempena kucing putih yang merayu-rayu di pintu si bidan terjun(aku dan fit) untuk penyediaan bersalin.. Alhamdullillah.. murah rezeki membantu binatang.. aku terpesona dengan salah seorang pengguna marketiva yang berjaya menghasilkan USD 5 ke USD35K dalam masa sebulan.. damn.. bakat gila mamat tu.. ni yang nak berguru nih.. nasib baik la aku tak ada laptop.. memang straight duduk depan komputer 24/5.. kuikui sabtu ahad rehat..

apa indi yang anda perlukan? khas untuk pengguna marketiva sahaja..

  1. MACD(12,26,9)
  2. Bollinger Band(Period 20)
  3. Moving average(Period 20)
  4. Linear Regression(Period 20)
default.. tiada perubahan..
untuk pengguna celcom 3g.. anda dinasihatkan berhati-hati..(diatas pengalaman penulis) kenkadang marketiva dc sahaja.. membuatkan anda menggelabah tak tentu hala..kenkadang rugi..

penjelasan teknik ada didalam gambar.. ntahlah.. kalau ada teknik sapu bersih dalam ranging punya fasa bagi tahu ya.. terima kasih..

Labels: ,

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
Thursday, October 30, 2008,10:46 AM
Diantara Nasib dan Takdir.. Hadapi dengan senyuman
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua… kan baik baik saja


Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah


::: Chorus :::
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua… kan baik baik saja


Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah


::: Chorus :::
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


::: Choir :::
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua… kan baik baik saja


Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah


Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Labels:

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
Tuesday, October 28, 2008,10:09 PM
Dapur dan MLM dari sudut kehidupanku
Dapur kini sungguh lengang.. ia dihuni oleh pepijat yang dahagakan air beserta aduhai.. aku lupa... ha.. unggas.. erm.. bukan.. bukan unggas... adoi.. bm aku sungguh minimum...

Ni aku nak bagi pesan kat si AAA

AAA... selalu ajak aku keluar teman makan.. dari dahulu sampai sekarang.. asyik cerita benda yang sama.. asyik nak ajak aku masuk MLM.. aku tahu kenapalah AAA.. hohohoho.. ko tengah pening apabila market tepu kan?.. ko tengah short kan?.. biasalah.. dah banyak forum-forum aku layar.. 5% aje yang berjaya....

AAA... 2500 tu.. kalo labur kat forex.. sendiri penat lelah.. sendiri tahu cara cari duit.. labur kat apa-apa perniagaan.. sendiri penat lelah.. sendiri puas hati.. ni kena push push downline cari orang.. aku terus terang tak nak.. ya.. aku memang tak nak.... ni dah la produk tak berapa laku.. harap downline beli.. tidak mengapa.. jalan ko.. bisnes ko.. aku jalan aku.. bisnes aku..

AAA... ko kata aku tak berduit banyak.. tiada kerja.. tak dapat bantu ibu bapa.. susah... tak mengapa.. aku bleh lagi survive..dapat bantu ibu bapa.. dapat juga bantu adik-adik.. memang aku penganggur.. tapi penggangur yang survive.. tidak perlu kamu ajak.. kalau aku dah tahu kesudahan sesuatu yang tak masuk ke jiwa aku.. memang aku tolak.. dapat kawan? ui... penganggur pun bleh dapat kawan gak.. kawan aku jenis yang tak ada masa depan ko kata? sapa tahu rezeki dia? sapa tahu rezeki aku?

AAA... ko dah berubah.. ajak teman makan macam nak ajak bergaduh.. kata bisnes tip top.. rilek rilek sudah.. bisnes ko kan dah tip top.. duit riban-riban sebulan.... asb upline ko kan dah penuh.. suruh aku berubah? malas aku nak berubah jadi orang yang paksa orang buat sesuatu atas kepentingan diri aku.. baik aku cari jalan lain yang buat aku bahagia.. dan orang yang berkawan ngan aku bahagia..

untuk pengetahuan ko AAA... aku dah bahagia dah.... tak payah la ko nak ajak orang lain.. aku sudah tahu modus operandi kumpulan ko tu.. suh pakai smart-smart? nak buat apa? ukur baju di badan sendiri la..

ops lupa..aku tidak kisah ko hina aku macam mana sekalipun.. baik aku hilang kawan macam ko dari aku hilang kawan sejati aku.. ooo.. ko kata aku sudah kerek? kerek ke aku kalo aku sibuk meluangkan masa untuk aku.. hidup masing masing beb.. hidup masing masing.. jalan masing masing.. semua ada kehidupan masing-masing.. takkan aku nak hidup dalam kehidupan ko.. mana plak kehidupan aku sendiri.. biarlah aku dengan kehidupan aku..kehidupan aku sekarang ini adalah mencari 'JIWA' yang hilang..

ops... lupalak aku nak bagitau ko AAA.. aku ini jurusan Komputer.. mestilah aku surfing untuk tahu kisah MLM hebat gempak gila kaya raya ko tu.. meh baca sini meh..
jangan baca satu page aje.. baca sampai 3 ratus lebih page..
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=29411

atau nah.. para downline yang terkena pengalaman pahit..
http://www.google.com.my/search?hl=en&q=anti+lamp+berger+&btnG=Search&meta=

tengok.. market sudah tepu... aku tahu ko cari budak degree ngan kerja gomen untuk kemudahan ko bukan? aku bukan bodoh tak reti pro and con(ni raja aja aku tentang cara ini) die pun ajar aku komputer..jadi AAA.. lu pikirlah sendiri..

eh AAA.. income ko dah puluh riban kan? meh la bagi seribu.. bleh aku bantu ko buat amal kebajikan repair dapur rumah ni..sudi sudikan lah membantu...

Labels:

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
Friday, October 24, 2008,6:41 AM
Pak Ali mengamuk..
'adik aku nak pinjam 9k.. nak masuk lamp berger' kata Pak Ali..
'mak aih.. baik bagi aku 9k tu.. aku tau benihkan lagi..' kataku
'hujung bulan 12 nak kahwin.. ni nak buat hal.. ni terpengaruh ngan sepupu aku la nih' balasnya lagi..
'mahal dow.. 2500.. produk tu.. kalo labur kat topup.. senantiasa ada orang beli..' kata pak ali..
'ntahnya.. buat fix deposit ok gak.. bagi 1 k kat aku.. aku bleh main forex sesikit..untung rugi sendiri yang puas hati..'

tadi..
'cai aku pening..'
'rehat la dulu...' balasku

Labels:

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
Wednesday, October 22, 2008,6:14 PM
Main Forex dikala subuh ke senja nan merah
main forex adalah sedap dan ia juga mengajar kita manage berapa nilai yang kita nak belanja.. tetapi jikalau anda rugi besar.. anda akan cakap main forex adalah satu perkara yang merugikan dan ia akan mengajar kita cara terkeji didalam perniagaan..

bagi aku main forex adalah sedap..

kamu?

daftar Forex disini Marketiva(buka akaun dan download software)
daftar liberty reserve disini LibertyReserve

Labels:

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
,6:09 PM
Angkara kutu pokok rozell
kutu pokok rozell jahat ia menyebabkan pokok rozell teratak42 sudah layu.. dan hampir rebah reput menjadi isi bumi..tapi ia adalah pokok yang berbenih.. benih itu sungguh banyak sekali.. dan ia telah bercambah di tepi bawang.. disertai pagar diatas pengalaman bawang dan rozell dimakan siput tahun lalu..

kutu pokok rozell jahat.. ia akan duduk di kasut-kasut ketika rumah diorang diserang....

Labels:

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
,11:03 AM
Karaoke bersama gadis..
mari kita pilih lagu...
lagu dinyanyikan...

'junaidah..'
'sephia'
'syakilla'
'seri'

lihat gadis disebelah anda..
ya.. berperang saraf...
gaduh lagi..

mari kita pilih lagu...
'tolong kami'

Labels:

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments