Monday, December 1, 2008,9:37 AM
Bulan Tersenyum Padaku...
1 - 12 -2008 .... Pukul 7.35 pm tadi.. sesuatu kejadian misteri di angkasa yang menyebabkan aku sebak.. aku yang tiada kamera 15 mega pixel.. hanya dapat memerhati dan mengucapkan syukur.. dikala aku merenung masa depan.. aku terenung bulan dan bintang yang tersenyum padaku...

sedang aku menunggang bini kesayangan aku.. aku hampir terbabas apabila mataku terpandang bulan tersenyum girang.. "eh.. lain macam ni"... kagum aku.. kamera.. kamera.. snap guna hp.. haram tak nampak.. gelap.. cap ayam katakan...

aku balik terus aku pergi ke bilik raja
"ja... bulan tersenyum..." kataku ke raja yang sedang hampir lena
aku tengok tingkap.. tapi tak nampak..
"yazid... ada bulan tersenyum... jom la tengok..."
yazid dengan bingkas bangun mengambil dslr ...
"a ah la... aduhai.. kalo aku zoom ni samar-samar juga.."

aku kerumah awek aku.. masih tersenyum juga bulan itu padaku..
dengan matanya berkilau.. aduhai.. aku terpikat..
apabila aku pejamkan mata aku.. sebak di dada melihat bulan tersenyum..
bayangan bulan tersenyum itu kekal di dalam memori aku...

terima kasih kepadaNya kerana menggembirakan hati aku..
patutlah aku pelik dengan awan merah biru petang tadi..
rupanya tanda bulan akan tersenyum girang..

aku mencari gambar yang jelas..
tapi tak jumpa..
kredit kujie2.com

kalau korang tenok mesti korang kagum... sebab mata dia bersinar terang... masa kat taman universiti tadi.. peh... syukur....

Labels: ,

 
posted by فيصل
Permalink ¤