Wednesday, December 10, 2008,3:18 AM
Wifi di Jusco Taman Universiti

disini..diluar.. aku war-walking dan mendownload fail..
menggunakan aplikasi boingo

setelah -15 UER/USD tadi.. terus aku give up.. luck tak dak..
ilmu predict lemah nak mampus..

skim telefon tadi.. dia jadi pergi.. hari sabtu ini ke Rengit.. mambai bersanding..
nikah dah.. kahwin pun dah..

aku kenkadang berfikir sejenak.. 24.. ini adalah umur penentu masa depan..

OPTION
aku mahu rilek.. tapi duit masyuk... keja ikut suka.. bleh bahagi masa kepada keluarga.. atau
aku sibuk gila... tapi duit masyuk... masa kerja ditetapkan... susah sikit nak bahagi masa kat keluarga..
atau
aku sederhana sibuk... tapi duit masyuk.. masa kerja ikut suka... bleh bahagi masa kat keluarga...

nak memorex full time?
nak kerja full time memorex part time?
nak freelance full time dan memorex part time?

ahhhhhh sialan... dugaan betul..
aku rilek kenkadang sibuk gila dan kenkadang sederhana sibuk...
aku mahu jadi apa?

dahulu.. masa kecik-kecik
"apa cita-cita kamu?" tanya seorang guru kepada aku
"saya nak jadi cikgu" balasku penuh keyakinan
selang beberapa tahun
"apa cita-cita kamu?" tanya seorang lagi guru kepada aku
"saya nak jadi saintis" balasku penuh keyakinan
selang beberapa tahun lagi
"apa cita-cita kamu?" tanya seorang guru lagi kepada aku
dengan pengalaman dari kawan yang terdengar perbualan kawan dia yang agak cerdik
"saya mahu jadi angkasawan" balasku yakin
walaupun aku tak tahu..
selepas itu.. polis.. selepas itu askar..
sampai diuniversiti
mahu jadi pakar kriptografi.. mahu jadi pakar sekuriti..

hah??????

mana dia cita-cita terdahulu? dah makan asam garam terlibat dalam bidang pengkomputeran..

sekarang kamu mahu jadi apa?
"aku mahu kerja yang aku boleh bawa sahaja.. duduk.. rilek.. layan movie.. tengok keindahan manusia-manusia... memerhatikan gelagat mereka.. duit ala kadar.. cukup untuk survive... atau kenkadang cukup-cukup makan"

sampai bila?

"ermmm mungkin sampai bila-bila.."
9/10 rezeki datang dari perniagaan... sedang dalam perancangan membina mentaliti peniaga.. untung rugi adalah biasa.... belajar menerima hakikat...
dan last sekali.. DARE TO FAIL!!!!

Labels:

 
posted by فيصل
Permalink ¤