Tuesday, May 26, 2009,5:18 PM
Hari-Hari Terakhir Di Teratak 42
Aq pulang kerja seperti biasa. Tuan rumah Teratak 42 datang untuk berbincang. Aq kelihatan Fa dan Fit sedang melayan tuan rumah. Rasanya sudah 2 tahun Teratak Troopers tinggal di Teratak 42. Di kesempatan ini Aq turut melayan tuan rumah. Berbincang pasal wang deposit, bil air dan bil elektrik. Setelah selesai tuan rumah membuat lawat sebentar dari bilik ke bilik. Aq dan Fit lepak bersama meluangkan masa bersama menonton TV.

Fa masih melayan tuan rumah di atas. Masih berbincang. Kemudian Panjang dan Kucai pulang setelah tuan rumah beredar. Panjang pulang ke rumah dengan membawa bungkusan obat selsema dan deman. Aq lantas bercadang supaya Panjang pergi menjalankan ujian darah. Takut-takut selsema babi. Ha ha ha. Sekadar gurauan. Panjang lantas meninjam RM 10 bagi ujian darah. Keluar dan patah balik dah memulangkan RM 10 itu.

Dan Panjang berkata "Aku sakit dalam". Okay!. Kemudian Kucai membawa khabar berita gumbira. Kucai sudah memulakan kerja baru. Wah. Walaupun hanya dapat berkumpul dalam 30 minit bersama-sama semua Teratak Troopers sudah memberi kenangan terakhir terhadap Teratak 42. Teratak Troopers akan berpindah di rumah sewa baru. Aq pulak akan berpindah dirumah lain.

p/s: Sugguh banyak kenangan di Teratak 42.

p/s/s: Thanks Fa, Ketua Rumah yang best! He he he.
 
posted by Yazid Husain
Permalink ¤ 1 comments
Tuesday, March 31, 2009,8:34 AM
Hampir 2 Tahun
Hampir 2 tahun Teratak 42 wujud. Maknanya Aq di sini sudah hampir 2 tahun
 
posted by Yazid Husain
Permalink ¤ 0 comments
Wednesday, December 10, 2008,7:30 PM
Digi OCS(Online Customer Service) Best Service Ever

pergi ke www.digi.com.my
daftar tak sampai seminit..
login dan pilih OCS
bebelkan masalah anda

tak sampai 5 minit.. masalah setel..
digi best..muahaha
aku rasa la kan.. celcom broadband kena wat camgini jugak lah..
cepat skit masalah setel...

Labels: ,

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
,3:18 AM
Wifi di Jusco Taman Universiti

disini..diluar.. aku war-walking dan mendownload fail..
menggunakan aplikasi boingo

setelah -15 UER/USD tadi.. terus aku give up.. luck tak dak..
ilmu predict lemah nak mampus..

skim telefon tadi.. dia jadi pergi.. hari sabtu ini ke Rengit.. mambai bersanding..
nikah dah.. kahwin pun dah..

aku kenkadang berfikir sejenak.. 24.. ini adalah umur penentu masa depan..

OPTION
aku mahu rilek.. tapi duit masyuk... keja ikut suka.. bleh bahagi masa kepada keluarga.. atau
aku sibuk gila... tapi duit masyuk... masa kerja ditetapkan... susah sikit nak bahagi masa kat keluarga..
atau
aku sederhana sibuk... tapi duit masyuk.. masa kerja ikut suka... bleh bahagi masa kat keluarga...

nak memorex full time?
nak kerja full time memorex part time?
nak freelance full time dan memorex part time?

ahhhhhh sialan... dugaan betul..
aku rilek kenkadang sibuk gila dan kenkadang sederhana sibuk...
aku mahu jadi apa?

dahulu.. masa kecik-kecik
"apa cita-cita kamu?" tanya seorang guru kepada aku
"saya nak jadi cikgu" balasku penuh keyakinan
selang beberapa tahun
"apa cita-cita kamu?" tanya seorang lagi guru kepada aku
"saya nak jadi saintis" balasku penuh keyakinan
selang beberapa tahun lagi
"apa cita-cita kamu?" tanya seorang guru lagi kepada aku
dengan pengalaman dari kawan yang terdengar perbualan kawan dia yang agak cerdik
"saya mahu jadi angkasawan" balasku yakin
walaupun aku tak tahu..
selepas itu.. polis.. selepas itu askar..
sampai diuniversiti
mahu jadi pakar kriptografi.. mahu jadi pakar sekuriti..

hah??????

mana dia cita-cita terdahulu? dah makan asam garam terlibat dalam bidang pengkomputeran..

sekarang kamu mahu jadi apa?
"aku mahu kerja yang aku boleh bawa sahaja.. duduk.. rilek.. layan movie.. tengok keindahan manusia-manusia... memerhatikan gelagat mereka.. duit ala kadar.. cukup untuk survive... atau kenkadang cukup-cukup makan"

sampai bila?

"ermmm mungkin sampai bila-bila.."
9/10 rezeki datang dari perniagaan... sedang dalam perancangan membina mentaliti peniaga.. untung rugi adalah biasa.... belajar menerima hakikat...
dan last sekali.. DARE TO FAIL!!!!

Labels:

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
Tuesday, December 9, 2008,6:02 AM
Dulu masa kecik-kecik Part 1
Dulu masa kecik-kecik.. mak belikan basikal..
ala.. yang ada bakul tu.. ala.. yang ada tempat duduk belakang tu..
masa kecik-kecik.. kita selalu kutip kucing jalanan.. ada yang liar ada yang jinak
err.. kalo yang jinak tu kucing bela.. selalunya tangkap yang liar..
selalu bawak adik.. guna basikal berbakul dan ada tempat duduk belakang..

satu hari yang malang..
kita jumpa kucing siam liar.. kita tangkap.. kejar.. dan ikat masuk dalam plastik
cadangnya nak bela.. calar balar gak tangan dek cakaran kucing siam nih
adik kita pun suka...

sedang bawak basikal hendak balik ke rumah.. kaki adik tersepit kat rim..
dan kita ngan adik sekali jatuh basikal... luka lagi.. uhuhuhuhu...
kucing meronta-ronta dan terlepas..

kiranya.. satu hari yang malang luka-luka setelah berbasikal dan jatuh setelah mengambil kucing terlepas bersama adik aku..

ahhh... itu kenangan masa kita kecik-kecik

Labels: ,

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
Monday, December 1, 2008,11:50 AM
Melepak dengan Kimmy
Kimmy.. seorang lelaki sabah yang telah menjadi saudara baru.. agama asal adalah kristian.. lalu dia memeluk Islam... tatoonya dilengan kiri telah dibuang..

kamu kena tahu Prinsip orang sabah bah...
atau kamu akan di bitas... hati-hati.. kebanyakkan mereka bangsa perang..
mereka hati kering... panas baran dan penyayang.. baik kepada orang yang baik dengan mereka.. dan jahat kepada orang yang jahat dengan mereka...

tak dapat setel cara lembut.. dia main cara kasar.. tak dapat setel cara kasar.. dia main cara halus..walaupun ilmu bitas ditinggalkan.. tetapi ayat melaksanakan ilmu bitas itu masih kekal diingatan mereka.... jangan sekali-kali ingin merosakkan anak dara mereka,saudara mereka.. atau.. kamu mungkin menjadi gila..

Kimmy seorang yang lucu(bagi aku.. mungkin tidak bagi kamu)

Labels:

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments
,9:37 AM
Bulan Tersenyum Padaku...
1 - 12 -2008 .... Pukul 7.35 pm tadi.. sesuatu kejadian misteri di angkasa yang menyebabkan aku sebak.. aku yang tiada kamera 15 mega pixel.. hanya dapat memerhati dan mengucapkan syukur.. dikala aku merenung masa depan.. aku terenung bulan dan bintang yang tersenyum padaku...

sedang aku menunggang bini kesayangan aku.. aku hampir terbabas apabila mataku terpandang bulan tersenyum girang.. "eh.. lain macam ni"... kagum aku.. kamera.. kamera.. snap guna hp.. haram tak nampak.. gelap.. cap ayam katakan...

aku balik terus aku pergi ke bilik raja
"ja... bulan tersenyum..." kataku ke raja yang sedang hampir lena
aku tengok tingkap.. tapi tak nampak..
"yazid... ada bulan tersenyum... jom la tengok..."
yazid dengan bingkas bangun mengambil dslr ...
"a ah la... aduhai.. kalo aku zoom ni samar-samar juga.."

aku kerumah awek aku.. masih tersenyum juga bulan itu padaku..
dengan matanya berkilau.. aduhai.. aku terpikat..
apabila aku pejamkan mata aku.. sebak di dada melihat bulan tersenyum..
bayangan bulan tersenyum itu kekal di dalam memori aku...

terima kasih kepadaNya kerana menggembirakan hati aku..
patutlah aku pelik dengan awan merah biru petang tadi..
rupanya tanda bulan akan tersenyum girang..

aku mencari gambar yang jelas..
tapi tak jumpa..
kredit kujie2.com

kalau korang tenok mesti korang kagum... sebab mata dia bersinar terang... masa kat taman universiti tadi.. peh... syukur....

Labels: ,

 
posted by فيصل
Permalink ¤ 0 comments