Tuesday, September 11, 2007,11:00 AM
Puasa
Yazid datang kat aku petang petang time aku bersantai menggunakan internet sambil membawa satu persoalan yang aku kirakan sebagai berat untuk aku menjawab..

Yazid: Weh, bile diorang umum puasa?
Fa: Aa? Err.. tak taw la. eh, budak budak lain tak taw ke bile diorang announce?
Yazid: Tak taw. sorang pon kat umah ni tak taw.
Fa: Hah. elok la tu..
Yazid: Ko try tanye kat kawan ko nih..

kebetulan aku tengah main ym dengan azah. so aku tanye la die..

fa wildchild: bile diorang umum puasa?
azah: mlm ni
fa wildchild: pukul brapa?
azah: kat berita
azah: x pasti la
azah: biase dkt2 kol 9 tu dah nak abis

so, yazid pon dengan penuh setia pergi menanti di hadapan tv tengok berita. tapi aku rasa die tertdo, sebab die kate "takde pon". hah. apa yang kami taw, sama ada ari rabu, khamis ataw jumaat start puasa. tu je. rasanya nak ikut example. kalo pergi kedai makan tengah hari tapi takde orang, maka maksudnya dah start puasa la tu.

sapa sapa yang taw bila start posa, tolong bagitaw kami ae..

dan Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak dari kami di Teratak 42 :)
 
posted by Fa Wildchild
Permalink ¤ 5 comments
,4:23 AM
Taniah
Kita seluruh teratak 42 hendak mengucapkan ungkapan "TANIAH" kepada Kucai kerana lulus dalam ujian Lesen L baru-baru ini. Taniah sekali lagi kepada Kucai. Bak kata Geweng "Bertambah seorang Mat Rempit dalam JB ini". He he he.
"Berhati-hati Di Jalanraya"
 
posted by Yazid Husain
Permalink ¤ 0 comments
Monday, September 10, 2007,2:35 PM
Bendera
Setelah 10 hari kita menyambut hari kemerdekaan, barulah kitorang dapat memasang bendera di teratak kami. itu pon dengan bendera 'pinjam'.



Ya. memang lambat. tetapi, at least teratak kamilah satu satunya teratak yang mengibarkan bendera Malaysia diarea kawasan sini. janganlah bersikap memandang kepada luaran. kibaran bendera sekadar luahan fizikal sahaja. tidak bermaksud tidak mengebarkan bendera bererti tiada semangat kemerdekaan serta sayang Malaysia. yang penting, cara kita menyayangi negara kita serta contribution kita.

so, apakah sumbangan kita kepada negara? apakah kita sudah cukup menyumbangkan sesuatu ke negara kita? adakah kita boleh berehat sebentar setelah melakukan several sumbangan? jawapannya (macam biasa), tepuk dada tanya selera.. semoga teratak kami (serta penghuninya) akan kekal memberikan sumbangan kepada negara dengan memainkan peranan masing masing... err.. termasuklah betik. wei betik. ko pon kene bagi sumbangan jugak taw!
 
posted by Fa Wildchild
Permalink ¤ 4 comments
Sunday, September 2, 2007,9:35 PM
Selamat Datang
Selamat Datang

Lalui kisah sebenar, "live in person" dan pengakuan berani daripada rumah kami di No 42 Jalan Kebudayaan 26. Mungkin kami tidak sehebat reality show Jack Ass, tetapi kami kadang kala berperangai lebih ekstreem daripada Jack Ass. Teratak 42 dilakon oleh pelakon-pelakon handal dan memainkan watak-watak bukan stereotype seperti Fa, Kuchai, Geweng, Aq, Fit, Dj Empbone (Bekas Ahli Teratak 42 telah diganti oleh Fit) dan tidak asing lagi pelakon terkenal Betik.
Soundtrack atau background music akan dimainkan oleh band terkenal dikalangan pelajar-pelajar UTM dan malah juga terkenal di area Melawati dan Selayang tidak tertinggalan sekitar JB iaitu Lorong Terbabas. Kisah Teratak 42 akan diarahkan/idea asal/juga diterbitkan oleh Fa. Disamping itu ingin juga berterima kasih kepada Mr Foo kerana membenarkan kami membuat rakam di Teratak 42.
Ikutilah kisah realiti yang bakal hit di pasaran antarabangsa.
Tukang Beri Idea/Tukang Arah/Tukang Terbitkan: Fa
Tukang Lakon: Fa, Kuchai, Geweng, Aq, Fit, Dj Empbone (X-Teratak 42), Betik
Tukang Music: Lorong Terbabas
p/s: Fa bila ko bercerita pasal "Da Signal Jammer" dan Betik Da Blame Aq dan mulakan intro itu.
 
posted by Yazid Husain
Permalink ¤ 3 comments