Monday, February 11, 2008,3:12 AM
Towards Macroproducts ;p
Sudah lama rasanya tidak mengupdate blog teratak 42 ini. sekarang, teratak 42 telah banyak berubah, sejajar dengan perubahan arus masa. kini ahli teratak 42 telah bertambah. ahli ahlinya adalah seperti berikut

Faisal
Geweng
Yazid
Joe
Panjang
Didi
Fa
Fitri (pelepak tetap)


penambahan bukan sahaja berlaku pada ahli rumah, malah, pada hasil tanaman kami juga yang banyak diusahakan oleh Encik Faisal. Katanya untuk membuat eksperimen bersama tanaman :)

ini adalah penanaman bawang. dari sebijik bawang, boleh menghasilkan dalam 5 ke 8 bawang, berkat pada kesabaran yang tinggi (ade gak la dalam 1 bulan lebih setakat ni). turut serta adalah halia, yang dicampak sahaja begitu (tak taw nak tanam camne ;p)



ini pula adalah penanaman pokok rozel. ditanam untuk membuat intipati air..



ini pulak adalah pokok lidah jin.. tak taw la nak buat apa. mungkin untuk libas mereka mereka yang kurang displinnya.. serta pokok bawang putih, yang bakal menjadi... emm.. tah la. takde hasil lagi..



ini lagi satu pokok bawang merah yang ditanam di tepi selipar. hasilnya agak kurang memberangsangkan. mungkin kerana ada kewujudan selipar disitu membantutkan pembesarannya..



Terima kaseh kepada kucai kerana telah menjaga tanaman tanaman tersebut. malah, sebelum pergi kerje (petang), sempat lagi tuh nak menyiram air ;p



 
posted by Fa Wildchild
Permalink ¤